Baptize by Blazing Fire Baptisan oleh Api Marak oleh Pastor Yong-Doo Kim Tuhan berbicara dengan jelas. Pada masa kini, gereja dan jemaatnya luaran dan dalamannya masih bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Aku. Ketua pastor dan ahli gereja menyembah Aku secara formal dan hanya mengenali Aku secara teori bertulis. Apa yang Aku lakukan? Dengan keinginan yang membara datang dan berjumpalah dengan-ku? Keinginan Tuhan kita adalah untuk menunjukkan proses pertempuran yang terlibat dengan roh-roh iblis, untuk membuka mata roh kita agar dapat terus melihat syurga, neraka, malaikat dan iblis. Volume 2 : Aku akan membaptis kalian dengan api yang marak Kami percaya dalam Triniti Kudus. Ada 3 orang didalam satu Tuhan. Semua orang ini adalah Tuhan dan hati, fikiran dan keupayaan adalah dalam kesatuan. Allah Bapa, ianya Bapa Di Syurga, mencurahkan minyak urapan ke atas kita, Anak Tuhan yang kudus mati bagi dosa kita dan memberikan kita kekuatan dan kehidupan yang kekal, Perlindungan Roh Kudus membenarkan kita lahir semula, memberikan kita banyak karunia syurgawi, kuasa atas autoriti. Dengan itu, kita tidak seharusnya berehat, tetapi tanpa jemunya berdoa bagikan api yang membara. Aku baptiskan kalian dengan Api Marak!
KANDUNGAN Pengalaman Hari Ke-16 Pengalaman Hari Ke-17 Pengalaman Hari Ke-18 Pengalaman Hari Ke-19 Pengalaman Hari Ke-20 Pengalaman Hari Ke-21 Pengalaman Hari Ke-22 Pengalaman Hari Ke-23 Pengalaman Hari Ke-24 Pengalaman Hari Ke-25 Pengalaman Hari Ke-26 Pengalaman Hari Ke-27 Pengalaman Hari Ke-28 Pengalaman Hari Ke-29 Pengalaman Hari Ke-30
WIRA PENDOA DI THE LORD'S CHURCH Pastor Kim, Yong Doo : berusia 45 tahun; mula kehilangan rambutnya semakin lama semakin banyak dan menunjukkan simpton kebotakkan. Kang, Hyun-Ja : berusia 43 tahun; isteri Pastor Kim; bekas penjawat awam dengan penggabungan dengan kongress; sifat yang menonjol. Kim, Joseph : berusia 16 tahun; gred 8 disekolah menengah; bercita-cita ingin menjadi seorang pastor; panas baran dan bersifat melulu seperti lembu. Kim, Joo-Eun : berusia 14 tahun; gred 6 disekolah menengah; comel dan bijak, begitu juga, mempunyai perangai yang degil dan tidak mudah berputus asa. Saudari Baek, Bong-Nyo: berusia 50 tahun; memiliki ketabahan yang kuat; Tuhan sendiri mengesahkan bahawa pesonaliti dia adalah " tiada siapa yang dapat melarangnya" Lee, Haak-Sung: berusia 27 tahun; anak lelaki kepada Saudari Baek, Bong-Nyo; cabaran peringkat ke-3 psikologi; mempunyai had dalam menyatakan sesuatu daripada pemikiran kepada perkataan; tetapi secara mentalitinya dia normal bagi usianya; dan dari segi fizikalnya dia lemah. Lee, Yong-Kyung: berusia 24 tahun, anak perempuan ke-2 kepada Saudari Baek, Bong-Nyo; cabaran peringkat ke-2 psikologi; sedikit sebanyak dia lambat dalam menjelaskan ucapan, tetapi perbualannya tidak menjadi masalah. Meena: berusia 5 tahun, cucu perempuan Saudari Baek, Bong-Nyo, pendaftaran kelahirannya masih tidak dapat diuruskan hasil daripada dokumen yang tidak cukup. Oh, Jong-Suk: berusia 33 tahun; dia menandatangani dokumen sebagai penjamin untuk pinjaman kawannya, dimana hal ini bertukar menjadi sesuatu yang teruk, dan dia telah ditendang keluar daripada rumahnya; dia tidak mempunyai rumah dan tidur tepi kolam di taman, dimana dia berjumpa dengan Pastor Kim, yang mana membawanya ke gereja dan mendapatkan pekerjaan baginya; dia berhenti pergi ke gereja setelah mendapat pekerjaan. Dekones Shin, Sung-Kyung: berusia 33 tahun; dia hanya menghadiri diri ke gereja hanya pada pagi hari Minggu; tetapi mula berubah bila dia menyertai doa rally pada hari ke 15; anak perempuanya yang berusia 9 tahun menghidap kanser kanak-kanak. Ong, Jung-Min: 8 tahun; anak lelaki Dekones Shin, Sung-Kyung; hobinya
menonton TV dan bermain permainan komputer; tetapi setelah dia menyertai doa rally, dia berikrar menjadi seorang pastor; daripada hari pertama dia telah menerima karunia berbahasa roh.
Hari Ke- 16: Pengalaman Peribadi Dalam Ayat Alkitab : Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia. Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah, dan setiap roh, yang tidak mengaku Yesus, tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus dan tentang dia telah kamu dengar, bahwa ia akan datang dan sekarang ini ia sudah ada di dalam dunia.( 1Yohanes 4:1-3) Aku Mencintai Mu Yesus Lee, Yoo-Kyung: Beberapa ketika yang lalu, Yesus memanggil saya semasa saya tengah mengusir iblis semasa berdoa dalam bahasa roh, Dia menjelma di hadapan saya, Kesayangan-Ku Yoo-Kyung! Mari ikuti-ku ke syurga! Di syurga, Yesus, aku dan Yae-Ji bermain dengan penuh sukacita bersamasama. Yae-Ji menanya Yesus, Yesus, aku ingin menunggang awan bersama dengan kakak Yoo-Kyung. Seketika kemudian Yesus menunjuk kea rah awan. Awan tersebut dengan perlahan meluncur dan berhenti dihadapan kami. Kami mengembara kesana dan kesini, ke seluruh langit syurga sehingga kami puas hati. Tetapi, Yesus tiba-tiba bertanya, Yoo-Kyung, adakah engkau ingin melawat neraka? Saya menjawab, Tidak mahu, terima kasih. Aku tidak akan kembali ke sana. Sesungguhnya aku tidak mahu melihat neraka lagi! Semasa saya mengadu, Yae-Ji menyampuk, mengatakan, Kakak, di syurga terdapat banyak buku yang menarik. Adakah kamu ingin melihatnya? Saya takut jika Yesus akan membawa saya ke neraka, jadi dengan pantasnya saya menjawab, Ya, mari kita pergi untuk melihat buku-buku tersebut, dan saya mengekori Yae-Ji. Yesus keberatan bersama kami menuju ke bilik yang dipenuhi dengan buku, Banyak malaikat menyapa Yae-Ji dengan menundukkan kepala mereka. Kami melihat banyak buku disana. Semua buku tersebut diperbuat daripada emas dan berkilau. Kemudian kami kembali ke pantai yang sama yang kami lawati dahulu dan bermain-main disekitarnya, memercikkan air dan berenang. Yesus bertanya kepada saya, Yoo-Kyung, adakah engkau mengasihi Aku? dan saya menjawab Dia sejujurnya, Ya! Yesus, aku mengasihi Mu. Yesus menjawab, Anak perempuan kesayangan-ku, Aku juga sungguh mengasihimu.
Perbalahan Akan Menyebabkan Rumah Kalian Di Syurga Runtuh Saya bertanya kepada Yesus, Yesus, bila aku pergi ke syurga, aku diberitahukan bahawa kami memiliki rumah sendiri di syurga. Aku ingin melihat rumahku. Aku mau melihat rumah Haak-Sung, Joseph, dan juga rumah Joo-Eun, jadi Yesus bersetuju. Ya, tentu sekali. Jika kesayangan Ku Yoo-Kyung ingin melihatnya, Aku akan menunjukkan kepadamu. Dia kemudian mengiringi saya kerumah saya. Seketika kami mengembara saya melihat cahaya yang bersinat, rumah emas. Yesus mengatakan, Ini adalah rumahmu, dan pada masa tersebut saya terpegun kekaguman. Malaikat-malaikat sibuk kesana kesini membina rumah saya. Rumah saya diperbuat daripada emas, dan kegemerlapan kilauan tersebut membuatkan saya seperti buta. Bila saya bertanya berapa tingkatkan rumah saya, Dia menjawab bahawa itu adalah tingkat ke-5 yang hampir siap dan banyak lagi ruangan sokongan dibina untuk membina banyak tingkat lagi. Saya melihat rumah Haa-Sung, dan tingkat ke-7 rumahnya hampir siap. Bila saya meminta untuk melihat rumah Joseph dan Joo-Eun, Yesus kelihatan ragu-ragu. Apa yang harus aku lakukan? Apa yang boleh dibuat? Saya bertanya kepada Yesus jika ada yang salah. Dia menjelaskan bahawa Joseph dan Joo-Eun memiliki tingkat ke-3 dan ke-4 yang hampir siap, tetapi bila mereka bergaduh bangunan tersebut runtuh. Yesus mengajar bahawa samada kalian adalah orang dewasa ataupun kanak-kanak, jika kalian pentingkan diri sendiri, bergaduh atau menyumpah, rumah kalian di syurga akan runtuh dengan dahsyatnya. Yesus menyuruh saya memberitahukan kepada Joseph dan Joo-Eun agar jangan bergaduh lagi dan cuba untuk bertolak ansur jika wujudnya percanggahan. Yesus menunjukkan ekpresi muka yang menyedihkan; lebih lagi bila melihat rumah yang runtuh tersebut. Dia tidak dapat menyembunyikan kesedihan-nya. Oh, apakah yang harus kita lakukan? Kenapa Joseph dan Joo-Eun selalu bergaduh? Yoo-Kyung, tolong katakan kepada Joseph dan Joo-Eun agar berhenti bergaduh. Mereka berdua mula mempermainkan antara satu sama lain dan akhirnya akan bergaduh, dan semasa bermain bola bersama, mereka juga akhirnya akan bergaduh. Rumah ini dibina dengan banyak kesulitan oleh malaikat-malaikat dengan arahan- Ku bagaimana kami mahu dirikannya semula? Dia sungguh bimbang. Saya sentiasa bergaduh dengan abang saya, Haak-Sung, dan sekarang saya menyedari bahawa saya jarus lebih berhati-hati dengan pergaduhan kami. Jika kita membiarkan diri kita bergaduh keatas satu perkara kecil, rumah kita di syurga akan, tanpa ragu lagi akan runtuh, dan saya telah menyaksikannya. Tuhan memakaikan saya dengan gaun emas yang memiliki sayap dan mengatakan, Kesayangan-Ku Yoo-Kyung, engkau telah menyaksikan banyak perkara dan Aku mengasihimu. Dengan segeranya, saya membalas, Tuhan, aku akan bersaksi
mengenai semua ini keesokkan harinya. Yesus menjawab, Iya? Bersemangatlah dan sentiasa berusaha. Aku akan membina rumah mu dengan lebih pantas. Saya meminta satu permintaan kepada Yesus. Yesus! Hari ini anak lelaki dekon Shi, Jung-Min datang ke gereja, jadi tolonglah berikan dia nama samaran. Dan Yesus berkata, Oh ya, Jung-Min suka tidur, jadi Aku akan memanggilnya Penidur. Yesus jeritkan nama samaran tersebut. Kemudian saya kembali ke gereja dengan Yesus dan sambung berdoa dalam bahasa roh.
Semakin Dalam Kami Menerokai Dunia Roh, Semakin Ianya Menjadi Misteri Lee, Haak-Sung: Tepat 10 minit berdoa, 3 iblis menjelma, satu per satu. Iblis yang pertama seperti seorang lelaki yang sihat, tetapi dia tidak memiliki kepala, dan saya tidak tahu apa yang terjadi kepada kepalanya. Dia memakai baju lengan pendek, tetapi terdapat banyak lubang pada baju tersebut. Tubuhnya dipenuhi dengan urat yang menonjol yang kelihatan seperti mi yang kembang. Kemudian iblis perempuan yang memakai gaun menghampiri saya, tetapi saya tidak dapat melihat matanya. Satu perkara yang dapat saya lihat dengan jelasnya hidungnya yang runcing dan darah mengalir daripada mulutnya. Seperti bunyi angin kuat bertiup dia menyerang saya dengan kukunya yang tajam untuk mencakar saya. Iblis yang ketiga adalah berupa ular yang sungguh besar, ia mengelongsor kearah saya. Panjangnya sekurang-kurangnya 32 kaki, dan lebarnya seperti paha orang dewasa. Terdapat mulut di kepala dan ekornya, dan kedua-dua hujung tersebut berebut untuk dahulu bergerak. Saya menjerit kepada Tuhan, Yesus, selamatkanlah aku. Tolonglah aku! dan Dia datang dengan cepatnya dan mengusir semua iblis tersebut. Kemudian Yesus mengelilingi kami semasa kami berdoa dan menyentuh setiap orang daripada kami, satu per satu. Teristimewanya Yesus menyentuh kepala Pastor Kim, dan belakang pastor yang sakit, kaki Joseph, dan belakang Joo-Eun. Yesus datang kepada saya, dan mengatakan, Joseph, berkongsilah satu permintaan dengan Aku. Saya membalas, Yesus, tolonglah bantu Oh, Jong-Suk untuk menjaga pekerjaannya, dan agar dia rajin datang ke gereja. Yesus bersetuju. Yesus memberi tepukan tangan kepada saya. Haak-Sung, sungguh sejuk hari ini, tetapi engkau masih keluar untuk bersaksi dan berkongsi injil hari ini...engkau membuat Aku sungguh gembira. Bila Yesus beredar, satu iblis perempuan memakai gaun dan memiliki rambut pendek seperti budak sekolah, mendekati saya. Saya tidak memberikan perhatian kepadanya, dan berterusan berdoa didalam bahasa roh. Iblis yang berambut pendek mendekatkan mukanya didepan saya, tetapi saya tidak dapat melihat mata, hidung atau mulutnya. Iblis tersebut memegang bulu yang panjang di tangannya, dan ia cuba menggeletek hidung saya semasa saya berdoa. Ini membuatkan saya bersin beberapa kali. Melihat ini, iblis mula ketawa dan bermain-main. Saya menutup mulut saya dengan kedua-dua tangan saya, dan saya memerintah didalam nama Yesus agar iblis tersebut lari daripada saya. Terdapat banyak iblis yang berbeza dan banyak perkara yang pelik terjadi sejak saya mula
berdoa bersungguh-sungguh. Saya menyedari bahawa semakin saya mendalami dunia roh, terdapat perkara yang tidak wujud dan perkara yang tidak pernah saya lihat di alam nyata. Saya terkejut berkali-kali dengan setiap pertempuran. * Hukuman Kerana Mendedahkan Rahsia Kim, Yong-Doo: Tengah hari kelmarin rakan rapat saya daripada gereja kejiranan kami iaitu pastor dan isterinya, datang untuk berbual-bual sambil minum petang. Isteri pastor mempunyai banyak masalah dengan gerejanya dan dengan salah satu daripada ahlinya yang dipinjamkannya wang. Mereka mendengar khabar angin yang The Lord Church mengadakan doa sepanjang malam, jadi mereka mengambil keputusan untuk ikut serta dan diberkati. Lidah saya seperti kelu dan tidak mengatakan apa-apa begitu juga dengan kumpulan pendoa saya yang hanya berdiri berdiam diri. Saya cuba mengelakkan perbualan tersebut dengan tidak terlalu nyata. Saya menjawab dia, Gereja kami tidak memiliki sebarang keupayaan yang istimewa. Kamu memiliki suami seorang pastor yang berdoa dan lebih rohani disamping kamu. Dia menjawab, mengatakan ianya berbeza. Dia mahu, walaupun jika dia harus melakukannya tanpa suaminya, untuk menghadiri sesi doa kami dan untuk diberkati. Dia mengulangi permintaan mengenai perkara tersebut, dan saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya tidak dapat memberitahukan kepada seseorang yang terdesak untuk disentuh oleh Roh Kudus bahawa dia tidak dialualukan. Saya tidak dapat menolak rayuan mereka kerana saya memikirkan bahawa ianya satu sifat yang tidak hormat memandangkan mereka lebih berusia daripada saya. Secara pasifnya saya mengatakan, Ya, tentu, tetapi hati saya merasa tidak senang dengan keputusan saya. Dia menanya butiran daripada saya mengenai dimana dan bilakah masa untuk sesi berdoa tersebut bermula dan tamt, dan dengan penuh kesal saya menjawab dengan kurang perhatian. Setelah mereka beredar penderitaan saya bermula. Mereka menghadiri gereja kami dengan memikirkan bahawa perlayanan tersebut mungkin hanya perlayanan yang biasa dan berdoa hanya untuk 1 atau 2 jam sahaja. Apa yang berlaku didalam gereja kami masih tidak dapat didedahkan kepada sesiapapun. Semasa kami berhadapan dengan dunia rohani semakin mendalam hari demi hari, wira pendoa kami di gereja kami berhadapan dengan pertarungan hidup dan mati dengan roh iblis. Jika isteri pastor tersebut yang daripada luar menyertai doa rali kami dan mendapati bahawa pertempuran kerohania sebegitu diketahui umun, maka tidak hairanlah serangan iblis akan lebih ganas lagi. Yesus telah tahu, jadi sehingga buku telah ditulis dan dikeluarkan, Dia mengingatkan kepada kami agar tidak berkongsi perkara tersebut dengan sesiapapun selain daripada jemaat kami. Dan jika keadaan memaksa, kami juga harus menghadkan lawatan ahli keluarga lain.
Allah Bapa Tritunggal bercadang untuk membuka mata roh saya pada pelayanan doa rali malam Hari Minggu (Ahad) tersebut, dan Dia juga mengesahkan semua ini melalui ahli lain yang telah terbuka visi rohnya. Dia mengatakan bahawa kami semua harus bersedia untuk semua ini, tetapi saya amat bimbang. Isteri kawan sesama pastor dari awal petang tadi telah beredar setelah selesai pelayanan pada malam Hari Ahad tersebut. Dia berehat di rumah sekejap sebelum datang kembali ke gereja kami pada jam 11 malam. Inilah masa bila The Lord Church memulakan sesi malam doa rali kami, dan daripada pada masa tersebut kami meneruskan sehingga jam 7.30 pagi pada hari berikutnya. Kami kemudian berkongsi dan mencatatkan setiap pengalaman roh setiap jemaat, dan saya membawa semua catatan ini pulang kerumah untuk dituliskan di buku. Yesus memberkati gereja kami dengan urapan yang istimewa. Yesus mengkehendaki saya agar sentiasa kekal teguh dan menolak kehendak isteri pastor tersebut yang ingin mengikuti doa rali. Saya gagal, dan didalam sudut terdalam hati saya, saya takut apa yang akan terjadi akibat daripada ketidaktaatan saya. Pelayanan doa pada malam Hari Ahad tersebut selesai dengan agak aneh kerana kehadiran isteri pastor yang tidak diundang. Pada waktu subuh, jam 2.00 pagi, saya telah selesai bahagian pertama perjumpaan perdoaan, dan saya ingin menghantar dia balij, tetapi dia duduk seperti ingin menyatakan sesuatu. Saya memastikan bahawa tidak seorang pun ahli jemaat saya mendedahkan apa pun, tetapi saya dan isteri bagaimanapun mendedahkan semua maklumat secara terperinci. Saya mendedahkan bahawa kami di gereja tersebut telah melawat syurga dan neraka, dan bukan itu saja, ramai daripada kami telah menerima karunia mata roh terbuka. Dan juga, ramai yang menerima karunia nubuat, membezakan antara roh iblis dengan roh syurgawi, berbicara dalam bahasa roh, iman, kebijaksanaan dan pengetahuan. Saya mendedahkan bahawa saya dalam proses menulis semua acara tersebut dalam sebuah buku yang akan diterbitkan, jadi saya menggalakkan dia agar balik ke gerejanya dan berdoa dengan tekun. Dia kelihatan sungguh kecewa, tetapi dia tahu itulah pilihan yang tidak dapat dielakkan bagi dia. Allah Bapa Tritunggal sungguh murka dengan ketidakupayaan saya untuk menyimpan rahsia. Fikiran mudah saya mengatakan ianya adalah betul untuk mendedahkan sedikit daripada rahsia tersebut, kerana saya mencegah isteri pastor tersebut daripada kembali ke gereja kami, tetapi dari segi rohani saya telah melakukan satu kesalahan yang besar. Ini adalah kenapa rancangan terdahulu untuk membuka mata roh saya ditarik balik.
Isteri pastor singgah di rumah saya tanpa pengetahuan saya dan Tuhan sungguh tidak berkenan dengan kedatangan dia. Saya sungguh terkejut, jadi saya menanya tujuan dia kembali. Dia menjawab, Adakah Joo-Eun menerima karunia nubuat? Saya minta maaf, tetapi aku ingin menanya Yesus mengenai permasalahan di gereja kami... Ini meletakkan semua kami dalam keadaan janggal. Dia menanya secara terperinci mengenai permasalahan di gerejanya, dan Joo-Eun menanyakan soalan tersebut bagi pihak dia. Yesus memberikan tindakbalas kepada Joo-Eun. Isteri saya dan saya memerhatikan apa yang terjadi dan mempunyai beberapa pandangan. Ianya tidak perlu bagi seseorang yang memiliki karunia nubuat untuk berdoa bagi kita, kerana kita, diri kita sendiri, dengan iman, dapat berfikir dan faham. Dengan fakta ini, tidakkah ianya seperti tidak menghormati Yesus dengan mempersoalkan Dia? Juga, walaupun jika kita telah membuat keputusan yang salah dan juga telah melakukan kesalahan, Yesus akan membantu kita untuk menyedarinya! Kita harus tahu bahawa ianya adalah melalui percubaan dan kesilapan kita belajar untuk mengaku dan dipulihkan. Isteri pastor tersebut juga menanyakan persoalan yang sungguh mudah yang dapat diselesaikan oleh dia sendiri. Dia beredar dengan riak muka yang lega, bagaikan semua bebanan dia telah dilepaskan, dan pada sebelah petangnya dia kembali dengan membawa sekotak limau tangerin untuk menyatakan rasa bersyukur beliau. Saya merasa lega kerana dia akan berhenti datang, tetapi Yesus telah diatasi dengan kesedihan. Semasa berdoa Baek, Bong-Nyo menangis melolong seperti binatang, dan isteri saya terkejut dan berfikir, Bagaimanakah perkara yang kita anggap bersahaja boleh menjadi perkara yang besar? dan menangis teresak-esak tanpa henti. Kerana saya tidak dapat menyimpan rahsia saya menjadi seorang manusia yang terhina, saya tidak dapat menanggung rasa bersalah tersebut. Bagaimana rasanya Samson? Bila Samson mendedahkan rahsia dia menjadi Nazir, dia mengkhianati perhubungannya dengan Tuhan. Setelah menyedari kesilapan tersebut, dia bertaubat dan terus bertaubat dengan merobekkan pakaiannya! * Lawatan Malaikat Perang Mikail Saudari Baek, Bong-Nyo: Tuhan berjanji memberi Pastor Kim karunia mata roh, tetapi bila ianya tidak terjadi saya sungguh kecewa. Saya menangis dan merayu sehingga tidak munasabah kepada Tuhan. Saya seperti seorang anak-anak kecil yang bergulingguling diatas lantai merayu kepada ibubapa untuk membelikan sesuatu, dan tiada apa yang dapat saya perbuatkan selain menangis. Saya menangis dan berdoa
dengan bersungguh-sungguh dan tiba-tiba satu cahaya terang muncul dan satu malaikat yang sungguh besar turun dari Syurga dengan menunggang kuda putih. Dari gerak hati saya tahu bahawa ianya adalah Malaikat Perang Mikail, tetapi dia mendekati saya dan memperkenalkan dirinya. Malaikat Perang Mikail sentiasa berkenan pada pandangan saya. Malaikat Perang Mikail sentiasa kacak, besar dan sungguh segak. Dia berbicara kepada saya, Saudari, kenapa engkau menangis? Yesus sungguh berduka cita mendengar engkau menangis, dan menghantar aku khusus untuk menenangkan engkau, jadi kehadiran aku disini untuk mengatakan, tolong, berhentilah menangis. Saya tidak berupaya meminta maaf kepada Malaikat Perang Mikail, kerana saya leka merenung dia. Saya menangis, tetapi dalam masa yang sama saya merenung dia, dimana tindakan ini seperti tidak masuk akal. Bila saya melihat Malaikat Perang Mikail daripada depan, terdapat satu cahaya terang bersinar daripada matanya dimana ini menyukarkan untuk melihat dia secara terus. Matanya sungguh cantik. Seketika kemudia Yesus muncul dan memberikan amarah secara peribadi. Kemarahan Peribadi Tuhan kepada Pastor Kim Kesayangan-Ku Bong-Nyo! Kenapa engkau meratap sebegitu? Pastor gerejamu, pastor Kim, Yong-Doo telah melakukan kesilapan yang besar, tetapi kenapa engkau yang menangis? Dia menanya dengan suara yang tegas. Pastor Kim harus bersungguh-sungguh bertaubat. Kejadian yang terjadi di gereja kalian harus direkodkan di buku dan didedahkan ke seluruh dunia, tetapi sebelum itu, ianya harus dirahsiakan. Tetapi kenapa dia mendedahkan rahsia tersebut dan berdosa terhadap Aku? Tuhan sungguh kecewa. Rahsia ini mendedahkan identity sebenar iblis; dengan itu, banyak percubaan yang akan datang. Tidak ada sebabnya engkau menangis, dan biarkan Pastor Kim tahu apa yang Aku katakan kepadamu. Kemurkaan Yesus berterusan. Pastor Kim mendedahkan banyak perkara yang diamanahkan, perkara yang terperinci kepada isteri pastor kejiranan itu, dan Aku tidak tahu kenapa dia melakukan perkara yang berdosa ini. Pastor Kim melakukan satu perlanggaran yang besar, jadi janganlah engkau menangis. Namun begitu, saya berterusan merayu kepada Yesus, tetapi Dia mengatakn, Kesayangan-Ku Bong-Nyo, engkau harus berhenti menangis. Keringkan airmatamu. Saya berhenti menangis. Yesus memberikan penerangan secara terperinci.
Cara jemaat berdoa didalam kesatuan, dan semua peristiwa yang kalian alami akan mendatangkan kejutan yang besar keseluruh dunia. Dengan itu, iblis tidak mahu identitinya didedahkan ke seluruh dunia, dan mereka sedaya upaya tanpa jemu untuk menyembunyikannya. Mereka takut pengalaman sebenar jemaat didedahkan. Jika kebenaran mengenai kewujudan dan identiti terdedah sebelum buku tersebut dilengkapkan, iblis akan menyerang dengan lebih ganas, dan kalian harus menahan lebih lagi. Sehingga semua kandungan pengalaman vigil doa direkodkan selengkapnya, ianya adalah rahsia yang terkunci. Aku akan meberikan kalian peluang, jadi bangunlah. Pastor Kim harus memberikan tumpuan penuh dalam berdoa dan menulis buku. Juga, setiap kalian yang memiliki karunia nubuat harus menjauhkan daripada berdoa bagi yang lain. Pemimpin Pastoral Harus Mencari Penyelesaian Dalam Gereja Yesus menegur kasar mengenai pastor-pastor dan isteri mereka yang kurang focus. Yesus dengan tegasnya mengatakan bahawa semua gereja yang didirikan dalam nama-nya harus berupaya mencari solusi/penyelesaian kepada apa saja permasalahan dikalangan mereka tidak kira betapa besarnya permasalahan tersebut. Bila terdapat masalah didalam gereja, pastor dan isterinya harus berdoa didalam kesatuan, dan pastinya terdapat jawapan daripada Tuhan. Ramai yang kurang dalam keupayaan untuk bersabar, dengan pergi kesana dan kemari, mencari orang yang memiliki karunia nubuat untuk berdoa bagi mereka. Terdapat ramai daripada kalian seperti ini, dan ini menyedihkan Aku. Bila isteri-isteri pastor menemani dan berdoa dengan pastor, berlutut di mezbah gereja mereka, Tuhan akan menjawab doa mereka. Juga, jika kalian berdoa dan meletakkan semua kerunsingan kalian pada Tuhan, dan kemudian menunggu, kerana itulah iman sebenar. Semasa pelayanan tengahari, tidak kira betapa ikhlasnya Pastro Kim mengetuai penyembahan dan tidak kira betapa kuasanya khutbahnya, Yesus berdiri senyap disisi mimbar dengan muka yang marah. Pastor Kim menyampaikan khutbah dengan peluh dingin mengalir di mukanya, tetapi ini tidak membuatkan kemarahan Yesus pudar. Pastor kelihatan terbiar dan menyedihkan bagi saya. Roh saya berdoa dan membuat permintaan yang bersungguh-sungguh kepada Yesus. Yesus dengan tegasnya menjawab, Hanya satu cara bagi Pastro Kim untuk merayu bagi pengampunan adalah dengan hati konkrik dan Bapa di syurga akan melihat dan membuat keputusan.
Tuhan memberikan satu lagi peluang Yesus memerintahkan, Jika masih ada daripada kalian yang mendedahkan rahsia ini kepada khalayak ramai, semua karunia roh kalian akan diambil balik. Pastor Kim terlebihnya harus mengelakkan perhubungan dengan keluarga dan rakan rapat, dan mengasingkan dirinya daripada dunia luar. Yesus meminta pastor memberikan tumpuan berdoa dan merekodkan semua yang ditunjukkan Tuhan kepada dia supaya dia dapat cepat menerbitkan buku tersebut. Saya menanya Yesus sekali lagi. Yesus! Bagaimana jika Isteri pastor dari gereja kejiranan datang kembali pada pelayanan petang Ahad untuk berbual dan berdoa? Pastor kami orang yang lembut hati dan tidak akan mengatakan tidak. Yesus menggunakan Joo-Eun sebagai pengantaraan untuk menghantar mesej kepada kami daripada Tuhan yang dalam kemarahan. Dia akan mengambil balik semua karunia roh dan menutup mata roh sesiapa yang telah menerima karunia tersebut dan penulisan buku akan dihentikan. Semua pastor dan isteri mereka tidak seharusnya datang ke The Lord s Church, tetapi tetapi berada di gereja mereka sendiri untuk berdoa bersungguh-sungguh. Tuhan memarahi saya sekeras-kerasnya, Adakah Aku doktor sihir? Kenapa kalian berterusan menanyai Aku seperti Aku ini adalah peramal nasib? Kepada pastor dan isteri mereka Aku katakana: Kalian harus memberi tumpuan dalam berdoa, mencari dan meratap terhadap Aku, maka Aku akan menjawab kalian. Aku tidak tahu kenapa kalian pergi kesana kemari untuk mencari jawapan! Dia sungguh tidak senang dengan perkara tersebut. Dia meneruskan, Pastor kalian harus meminta pengampunan dengan bersungguh-sungguh kerana mendedakan rahsia tersebut. Keluarga Pastor Kim dan Bong-Nyo, keluarga kalian akan bergelut dengan masalah kewangan, tetapi dalam masa terdekat kalian akan diberkati dengan berkelimpahan, jadi jangan bimbang. Tuhan mengesahkan buat kali terakhir dengan mengatakan, bermula daripada Joo-Eun: semua mereka yang telah menerima karunia mata roh harus menjauhkan diri mereka daripada saudara terdekat, kawan, dan harus berhati-hati supaya tidak berkongsi mengenai karunia mata roh mereka dengan sesiapa pun. Pastor Kim diberitahukan dengan lebih agar berhati-hati dengan orang yang rapat dengan dia. Dia dengan tegasnya mencadangkan supaya tidak ada orang melawat gereja atau rumahnya. Jika rahsia tersebut terbongkar lagi, percubaan dan kesusahan akan datang menimpa kami, jadi harus sungguh berhati-hati.
Hari ke- 17: Pertentangan Peribadi Pengalaman Kerohanian. Khutbah Alkitab : (7) Karena itu, saudara-saudara, bersabarlah sampai kepada kedatangan Tuhan! Sesungguhnya petani menantikan hasil yang berharga dari tanahnya dan ia sabar sampai telah turun hujan musim gugur dan hujan musim semi.(8) Kamu juga harus bersabar dan harus meneguhkan hatimu, karena kedatangan Tuhan sudah dekat!(9) Saudara-saudara, janganlah kamu bersungut-sungut dan saling mempersalahkan, supaya kamu jangan dihukum. Sesungguhnya Hakim telah berdiri di ambang pintu.(10) Saudara-saudara, turutilah teladan penderitaan dan kesabaran para nabi yang telah berbicara demi nama Tuhan.(11) Sesungguhnya kami menyebut mereka berbahagia, yaitu mereka yang telah bertekun; kamu telah mendengar tentang ketekunan Ayub dan kamu telah tahu apa yang pada akhirnya disediakan Tuhan baginya, karena Tuhan maha penyayang dan penuh belas kasihan.(12) Tetapi yang terutama, saudara-saudara, janganlah kamu bersumpah demi sorga maupun demi bumi atau demi sesuatu yang lain. Jika ya, hendaklah kamu katakan ya, jika tidak hendaklah kamu katakan tidak, supaya kamu jangan kena hukuman.(13) Kalau ada seorang di antara kamu yang menderita, baiklah ia berdoa! Kalau ada seorang yang bergembira baiklah ia menyanyi!(14) Kalau ada seorang di antara kamu yang sakit, baiklah ia memanggil para penatua jemaat, supaya mereka mendoakan dia serta mengolesnya dengan minyak dalam nama Tuhan.(15) Dan doa yang lahir dari iman akan menyelamatkan orang sakit itu dan Tuhan akan membangunkan dia; dan jika ia telah berbuat dosa, maka dosanya itu akan diampuni. Yakobus 5:7-15 Dekones Shin, Sung-Kyung : Sambungan daripada Hari Ahad, saya telah berdoa dalam bahasa roh selama 3 hari, bila tubuh saya tiba-tiba terasa panas membakar dan saya mula berdoa dengan lebih berkuasa dalam bahasa roh. Kemudian satu cahaya terang menyinari ke atas saya, dan saya menangis teresak-esak seiringan dengan doa pengakuan. Airmata, hingus mengalir dan peluh memenuhi muka saya dan dalam masa yang sama satu senarai panjang dosa bermain-main didalam fikiran saya. Saya tidak pernah menjaga kekudusan Hari Ahad untuk menyembah Tuhan, sungguhpun saya berpangkat dekones di gereja saya, saya telah memberikan masa yang sukar kepada pastor saya beberapa kali. Pastor saya telah memberikan banyak kali dorongan, malahan kemarahan terhadap saya. Perkataan ini seolah-olah masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, dan itulah perangai saya, berulang-ulang kali. Pada luaran kelihatan seperti dekones yang sempurna, tetapi dalam hati saya tidak memiliki apa-apa perhubungan dengan Tuhan. Ini adalah sebab utama saya mahu menghadiri doa vigil, dan saya telah ditentukan untuk diubah. Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja, dan dengan anak saya yang bersekolah rendah, Jung-Min, mula menghadiri doa vigil yang bermula pada malam Hari Ahad. Kini telah 3 hari, dan kami merindui rahmat Tuhan. Pertama, Jung-Min mengalami pembukaan mata rohnya, dan kemudian pada hari ini Tuhan memberikan saya merasai sedikit kebaikkan-nya. Haleluyah!
Pertaubatan Pastor Kim, Yong-Doo Tarikh saya menerima karunia mata roh telah ditunda kerana saya tidak patuh kepada arahan Tuhan untuk menyimpan rahsia kerohanian-nya. Saya berkongsi rahsia tersebut dengan kawan rapat saya, dan ini membuatkan Yesus sungguh marah. Pada pandangan manusia, ianya adalah perkara remeh, dan ini merupakan perkara yang selalu dibuat oleh manusia, tetapi fikiran Tuhan sungguh berbeza daripada kita. Semasa kami mengkaji dalam dunia roh, Tuhan mahukan kami adalah lebih sensitif dalam kerohanian, dan sehingga buku telah selesai, DIa inginkan kami mengasingkan diri daripada dunia luar. Ianya sungguh sukar untuk memutuskan segala ikatan dengan orang yang kita campur dan berkawan setiap hari, dan menghindari diri kita daripada dunia luar adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Tuhan seterusnya menginginkan kami agar menghentikan segala percakapan dengan saudara terdekat kami. Di keluarga kami, kami selalu berkongsi kasih, hormat, dan salam dengan satu sama lain melalui telefon. Terdapat banyak keputusan yang penting dibuat melalui keluarga saya, tetapi dengan campur tangan Tuhan Tritunggal, semua aspek kehidupan seharian kami terganggu. Semua kejadian di gereja harus dirahsiakan dan mulut kami harus terkunci rapat. Tuhan kami menuntut agar saya bertaubat dengan menyeluruh dan selengkap-lengkapnya. Setiap malam doa vigil bermula dari 9.30 malam, tetapi saya tiba jam 7.00 malam, dan didepan mimbar saya berlutut dan mengangkat tinggi tangan saya. Yang terdaya saya lakukan adalah menangis teresak-esak kepada Tuhan dan bertaubat diatas dosa saya. Tuhan, aku telah mengingkari Engkau dan telah mendedahkan rahsia-mu. Aku telah berdosa terhadap-mu. Aku mengabaikan kerohanian-mu dan berbicara sesuka hati aku, jadi tolonglah ambil sifat mementingkan diri sendiri ini dari kedaginganku ( 2 Korintus 15:31). Aku mengharapkan ini dapat mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh ku. Tuhan! Apa yang terdaya dilakukan oleh hamba-mu yang tidak berfikir dulu? Engkau mengasihi hamba-mu dan memberikan banyak karunia roh, dan membuka mata roh kami. Jika semua ini menjadi tidak berguna hanya kerana aku, apa yang akan terjadi kepada aku? Aku tidak pernah mengimpikan semua ini, Tuhanku, Engkau memegang lampiran sedemikian untuk melengkapkan buku ini. Ampunilah aku, ya Tuhan, aku akan memperbaiki diriku. Aku akan melakukan dengan cara humanistik dan cara pastoral. Dari malam hari Ahad, Isnin dan hari ini, Selasa, untuk 3 hari berturut-turut saya bertaubat siang dan malam, kemurkaan Tuhan nampaknya tidak berkurangan. Yesus mengarahkan saya untuk berhenti menulis buku. Kemungkinan karunia roh anak saya Joo-Eun seperti roh pembezaan, nubuat dan semua 6 karunia roh yang
lain diambil, sama juga dengan karunia jemaat lain yang mengalami Roh Tritunggal dan berkat mengisikan hati saya dengan kesedihan. Ianya seperti satu sumpahan. Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bagaimana saya mengetuai gereja ini? Adakah kerana saya dilepaskan oleh Tuhan? Fikiran memalukan ini memenuhi ruangan hati saya. Saya tidak dapat berdiam diri dan menyerah diri. Saya menangis, bertaubat, berdoa, melaung, dan bedoa didalam pelbagai kaedah yang berbeza yang dapat saya fikirkan dan sementara itu saya berterusan menangis dengan kuatnya. Bila saya menyampaikan khutbah petang, saya tidak dapat melihat benda dihadapan saya, kerana mata saya bengkak. Khutbah yang selalunya saya berikan 4-5 jam adalah khutbah yang sungguh senang saya khutbahkan, tetapi pada malam tersebut saya tidak dapat melakukannya. Bila lampu dipadamkan, dan lagu pertaubatan dimainkan kami semua berdoa pertaubatan atas dosa kami. Tuhan, tolonglah berikan aku sekali lagi peluang! Saya menggunakan setiap ayat pada alkitab untuk dinyatakan bagi diri saya dan untuk rayuan bagi permasalahan saya. Setiap ahli jemaat berdoa dan menangis dengan saya. Oh, saya tersentuh dan berterima kasih kepada ahli jemaat saya! Tuhan mengasihi ahli jemaat yang muda dan miskin ini. Bila Tuhan mendengar doa yang menyentuh perasaan tersebut, Dia mengambil keputusan untuk memberikan saya satu lagi peluang. Tuhan dengan terangnya menyatakan bahawa mulai saat tersebut, setiap perkembangan di The Lord s church harus disimpan sebagai rahsia sehingga buku tersebut selesai. Tidak seorang pun yang mengetahui mengenai rahsia tersebut. Walaupun kepada ahli jemaat, Tuhan tidak mahu setiap perincian dinyatakan, tetapi hanya beberapa bahagian sahaja yang dikongsikan. Setiap perbualan mengenai subjek tersebut harus diluluskan oleh pastor dan dihadkan seminimum yang boleh.
Transformasi Pada Tangan Saya Semasa berdoa 30 minit dengan tangan saya diangkat tinggi, kedua-dua belah lengan dan tangan saya mula membentuk sesuatu. Saya bertanya-tanya, Hei, bukannya menerima karunia roh, kenapa lengan aku terasa sungguh sakit? Seketika kemudian, semua jari jemari saya mula bergegar. Mulanya, tapak tangan saya bergerak ke hadapan, dan setelah berdoa berterusan dalam bahasa roh, tapak tangan kiri saya juga bergerak ke hadapan. Setelah berdoa seketika, tangan kanan saya bergerak dan kemudian saya berdoa lagi, tangan kiri saya pula bergerak. Kelajuan dan pergerakan tersebut sungguh perlahan; saya tertanya-tanya, jika ini caranya kebangkitan rohani, saya mungkin tidak akan bertahan walaupun sejam. Bagi ahli yang lain, baru berdoa sekejap, Yesus memunculkan diri-nya dihadapan mereka, dan mereka berupaya melihat roh iblis. Saya pastor, tetapi Dia sungguh sukar berurusan dengan saya. Ianya mengambil masa dalam anggaran 20-30 minit sebelum saya melihat tanda perubahan, dan pada kadar tersebut saya khuatir bahawa saya akan kehilangan kesabaran saya. Saya berdoa 2-3 jam dan seperti biasa, tangan saya berulang kali membuat pergerakan tersebut dan tiba-tiba saya merasakan renjatan elektrik tanpa belas kasihannya melalui kepala saya. Saya memikirkan, Inilah dia. Inilah permulaan kepada alam roh. Saya dipenuhi dengan rasa ingin tahu. Saya berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh, sementara gegaran elektrik berterusan melalui tubuh saya. Sekumpulan Serangan Roh Iblis Seperti biasa, saya berdoa bersungguh-sungguh dengan kedua-dua tangan saya diangkat tinggi, dan nampaknya masa telah beredar 4 jam. Tiba-tiba, terdapat badan tidak berbentuk menghampiri sebelah kanan saya dan tanpa belas kasihan memusingkan pergelangan tangan saua. Kemudian iblis tersebut menikam saya sebelah kanan leher saya dengan sekuat-kuat tenaganya dengan menggunakan benda yang tajam. Keseluruhan belakang, bahu terasa seperti saya telah dihiris dengan pisau yang sungguh tajam. Saya menangis kesakitan, tersungkur kehadapan kerana tubuh saya terasa lumpuh. Saya bertarung dan bergelut, tetapi tiada gunanya. Ini merupakan satu kejutan yang besar bagi saya. Pergelangan tangan kanan saya diputarkan, dan saya tidak dapat berganjak, dan pada saat itu, imej judo melintas seperti kilat melalui kepala saya. Iblis datang dan mengejek, Berani kau inginkan mata roh mu terbuka? Jika engkau menerimanya, bagaimana kau fikir bahawa kami dapat hidup? Sekarang ini juga kami selalu dihukum kerana kalian
banyak berdoa! Kami tidak memiliki peluang sejak kalian selalu menyembah, kau berkhutbah, dan berdoa, tetapi nampaknya hari kau telah tiba. Engkau sungguh bodoh dan membantu mereka untuk menerima karunia mata roh dan karunia lain, jadi kau harus membayar bagi apa yang telah kau lakukan! Kemudian sekumpulan iblis memasuki tubuh saya. Saya tercungap-cungap untuk bernafas, jadi saya berguling kedepan dan berbaring pada sisi saya, tetapi walaupun saya berdiri tegak, ini akan membuatkanya lebih teruk. Iblis menjelajahi dengan leluasanya diseluruh badan saya dan ini mengakibatkan kesakitan yang luarbiasa. Walaupun saya berhenti bergerak, kesakitan tersebut masih terasa, dan keseluruh badan saya terasa kebas. Setiap otot, sendi, saraf dan tulang dalam kesakitan yang teramat sangat. Saya tidak dapat menangis walaupun berada dalam kesakitan yang luarbiasa. Semakin saya menjerit, semakin getaran gigitan dan kesakitan dirasai. Tuhan! Aku minta ampun. Tolonglah aku. Selamatkanlah aku! Aku tidak dapat menahan kesakitan ini. Jemaat yang berdoa terkejut dan bergegas berlari kearah mimbar. Mereka semua dalam ketakutan. Mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan, jadi mereka memandang saya tanpa daya dan menunggu tanda-tanda daripada saya. Saya menjerit, Kau iblis terkutuk, dalam nama Yesus Kristus dari Nazareth, beredar kau dari aku! Tetapi iblis tersebut tidak berganjak. Banyak kali terjadi bila saya sebutkan nama Yesus, iblis akan segera beredar, tetapi kali ini, tidak kira betapa kuatnya saya menjerit, mereka tidak berganjak. Dalam sekelip mata, bukan satu, malahan sekumpulan besar iblis memasuki tubuh saya semasa saya terdedah dan tidak terdaya. Masa tersebutlah mereka menyerang. Mereka mula mencucuk saya, dan bergerak dari leher dan terus kebelakang saya, menetak saya berterusan dengan kapak, sambil mencacatkan tangan lengan saya. Akhirnya, mereka menyukarkan saya untuk bercakap. Saya hanya mampu bernafas, tetapi setiap nafas tersebut akan mengakibatkan kesakitan yang dahsyat, dan kesakitan terasa diseluruh badan saya. Saya mengumpul segala kekuatan, meminta semua jemaat duduk dalam bulatan mengelilingi saya dan berdoa bagi saya seperti hidup mereka bergantung kepadanya. Tuhan! Tuhan! Selamatkan aku! Kata-kata ini keluar tanpa henti daripada mulut saya.
Kuasa Doa Ahli Jemaat Domba kecil kami mula menangis. Ianya adalah peluang keemasan untuk meletakkan 17 hari latihan mereka dalam tangisan didalam doa dan keupayaan mereka diuji. Saya menanya ahli yang memiliki karunia mata roh untuk cepatcepat mengenalpasti jenis iblis yang ada didalam saya, dan mereka sebulat suara mengatakan bahwa mereka tidak dapat melihat satu apa pun. Semasa kejadian tersebut, pergelangan tangan saya dipintal dan lumpuh. Saya mengesa ahli jemaat untuk memanggil Yesus didalam doa, meminta Dia untuk membantu merkea untuk melihat dan mengenalpasti iblis yang ada didalam saya, dan saya meminta mereka untuk memukul belakang saya dengan menggunakan tangan mereka. Saya berdoa secara senyap didalam hati, dan dengan bersungguh-sungguh meminta, Tuhan, benarkanlah mereka untuk melihat iblisiblis. Bantu mereka untuk melihat dengan jelas dan dengan teliiti. Banyak fikiran yang memasuki otak saya: Ah! Aku tidak dapat menahan kesakitan ini. Apa yang dapat aku lakukan? Adakah ini kenapa ramai orang yang memiliki penyakit fizikal yang tidak dapat diubati sering membunuh diri sebagai cara penyelesaian? Sebagai seorang pastor, saya tidak seharusnya memiliki pemikiran sedemikian, tetapi saya takut dengan kematian. Kami berdoa dalam jangka masa yang lama bila mereka yang memiliki karunia mata roh mula berkongsi secara teliti apa yang mereka lihat. Joo-Eun, saudari Baek, Bong-Nyo, Haak-Sung dan Yoo-Kyung meminta kepada Yesus dan Dia menunjukkan kepada mereka satu persatu. (18) Dan supaya Ia menjadikan mata hatimu terang, agar kamu mengerti pengharapan apakah yang terkandung dalam panggilan-nya: betapa kayanya kemuliaan bagian yang ditentukan-nya bagi orang-orang kudus,(19) dan betapa hebat kuasa-nya bagi kita yang percaya, sesuai dengan kekuatan kuasa-nya,( Efesus 1:18-19) Sekumpulan iblis didalam saya datang ke Lord s Church dengan arahan yang tertentu daripada ketua iblis di neraka. Kekebalan dan keupayaan mereka untuk berubah ke bentuk yang pelbagai membuatkan mereka yang memiliki mata roh sukar untuk melihat mereka tanpa doa yang bersungguh-sungguh. Yesus berkata, Domba kesayangan-ku, oleh kerana doa kalian yang bersungguhsungguh dan tangisan kalian terhadap pastor kalian, Aku akan membenarkan kalian melihat iblis. Terdapat lebih kurang 30 iblis, dan telah lama mereka menunggu masa/peluang untuk menyerang. Bila pastor dan isteri daripada gereja kejiranan datang ke gereja kami dan rumah pastor Kim, iblis melihat peluang tersebut dan bersembunyi dibelakang mereka. Raja iblis di neraka mempunyai arahan yang terus, menjerit, Bila kalian masuk ke Lord s Church, kalian harus lebih berhatihati jika dibandingkan dengan gereja lain. Terdapat ramai ahli yang memiliki mata
roh, dan ramai orang bawahan saya telah diusir keluar, kerana identiti sebenar mereka telah didedahkan. Sekarang kalian harus menunggu masa yang sesuai untuk menyerang Pastor Kim. Si bodoh itulah punca segala permasalahan. Jika kita berjaya menjatuhkan dia, maka yang lain akan diselesaikan dengan mudah, jadi pergi dan lakukan perkara tersebut. Isteri pastor kejiranan kami tidak memiliki iman yang akan mendekatkan iblis kepada dia, atau dia mengikuti iblis. Kerana dari apa yang saya tahu, dia adalah pendoa syafaat yang sentiasa berdoa. Dengan memikirkan perkara tersebut, iblis mencuba sedaya upaya menyembunyikan identiti mereka, dan berterusan mencari jentera untuk digunakan. Ini adalah bila iblis tahu isteri pastor ingin melawat Lord s Chruch, dan menggunakan peluang ini untuk mengikut dia dan mempergunakan keperluan untuk belas kasihan sebagai umpan. Iblis mahukan agar kami menyalahkan isteri pastor tersebut diatas apa yang terjadi kepada saya. Ini adalah teknik kesukaan iblis. Iblis adalah penipu dan akan menggunakan apa saja cara dan jalan yang boleh untuk menyesatkan dan menipu. dan janganlah beri kesempatan kepada Iblis. ( Efesus 4:27) Saya dengar bahawa isteri pastor dari kejiranan tersebut berdoa bersungguhsungguh untuk pertaubatan. Tidak pernah terlintas dalam mimpinya bahawa saya terseksa dengan serangan iblis tersebut. Pada mulanya, dia membayangkan doa rali kami akan sama dengan apa dia bayangkan, tetapi sekali dia menghadiri doa rali kami, dia tidak menjangkakan bahawa ianya sungguh berkuasa. Dia tidak mahu rahsia Tuhan dan pekerjaan-nya terhenti disebabkan gangguan dia. Dia merasa sungguh bersalah, dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tidak kira apapun, saya sesungguhnya ingin diberkati hari ini, tetapi sebaliknya terjadi, iblis digerakkan untuk menyerang saya. Apa yang saya lakukan? Untuk sekarang menjadi keutamaan saya adalah mencabut iblis keluar daripada badan saya. Yesus! Tunjukkanlah kepada kami identiti iblis. Yesus! Tolongkan nyatakan mereka kepada kami, dan semua kami berdoa, kemudian tiba-tiba seseorang menjerit, Wow! Aku dapat melihat mereka! Terdapat sekurangkurangnya 15 iblis berbentuk lentil bulat dengan mata yang banyak berputar di sekeliling tubuh mereka. Juga, iblis yang lain memiliki pelbagai bentuk dan saiz. Terdapat lipan yang sungguh besar, ulat bulu, iblis berbayangan hitam, iblis perempuan, dan singa daripada dunia lain. Saya tegasnya mengarahkan jemaat untuk rapat bersama sekeliling saya, berdoa bersungguh-sungguh dalam bahasa roh, menyentuh bahagian tubuh saya yang sakit. Mereka mula memukul tubuh saya dan berdoa.
Satu suara menjerit, Pastor! Iblis tersebut bertukar! Mereka tidak berpecah tetapi menyatu! Saya membalas, Adakah kalian pasti? Berdoa dengan penuh kuasa dan hak dan usirlah mereka! Jadi ahli jemaat menjerit dalam satu suara, Dalam nama Yesus, keluar kalian daripada tubuh Pastor Kim! Kembali ke neraka! Pada kali tersebut, Joo-Eun menjerit, Iblis tersebut duduk didalam kamu dengan tangan mereka terkunci bersama. Oh tidak! Apa yang harus kita lakukan? Saya teriakkan dengan kuat, Berterusan berdoa tanpa jemu. Jika kalian berhenti, kita akan ditimpa masalah besar. Mereka semua berdoa dalam keterdesakkan. Akhirnya, hendaklah kamu kuat di dalam Tuhan, di dalam kekuatan kuasa-nya.(11) Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis; ( Efesus 6:10-11) Saudari Baek, Bong-Nyo menjerit, Pastor, iblis tersebut bertukar lagi. Saya menanya, Apakah bentuknya sekarang? dan dia membalas, Oh, ianya sungguh menyeksakan! Ianya membuatkan aku mengiggil! Kali ini ianya bertukar menjadi lipan hitam. Lipan tersebut mengigit leher kamu dengan 2 taringnya yang tajam dan dan tanduknya menikam tubuhmu. Apa yang harus kami buat? Lipan tersebut melekat di belakang kami! Dengan segera saya merasakan kesakitan yang tidak dapat digambarkan dan saya terus melompat, tetapi tindakkan tersebut hanya menambahkan kesakitan saya. Saya tersungkur ke depan. Saya menjerit lagi. Tuhan, tolonglah aku! dan tidak kira betapa kuatnya saya memanggil/menjerit, Dia tidak datang. Jadi saya mengesa ahli jemaat, Cepat dan cari Yesus. Sekarang! Cepat! dan mereka memanggil dengan serentak, Tuhan, dimanakah Engkau? Tolonglah cepat dan bantulah pastor kami! Dengan panggilan yang kuat tersebut, Yesus muncul dihadapan kami. Saya sungguh marah, kerana saya merasakan kedatangan Yesus mengambil masa yang panjang. Saya berfikir, Kemana Yesus sehingga membuatkan Dia mengambil masa yang panjang untuk datang ke sini? Kemudian Yesus menjawab saya. Aku akan membantu engkau, jadi jangan bimbang. Ahli jemaat melihat dengan mata roh mereka Yesus masuk ke dalam tubuh saya, dan mereka memaklumkan bahawa Yesus mula mengusir iblis keluar, iblis bersatu dan bertukat menjadi gegelang getah. Yesus menarik iblis yan gmelekat ditubuh seperti gegelang getah. Bila Dia menarik ke sebelah lain, sebelah lagi akan melekat, dan meregang tanpa perlu ditarik. Ianya mengambil masa yang banyak untuk menarik semua iblis yang melekat tersebut. Saya percaya Yesus sengaja mengambil masa untuk menguji dan melatih iman kami. Karena itu tunduklah kepada Allah, dan lawanlah Iblis, maka ia akan lari dari padamu! Yakobus 4:7
Dalam Alkitab, bila Yesus berbicara, iblis bergetar dengan ketakutan dan menyerah kepada Dia, tetapi terdapat maksud tertentu kenapa Yesus mengambil masa-nya. Yesus mahu menguji ketahanan jemaat kami, dan untuk kami mengalami kesatuan dalam mengusir iblis. Doa rali mula pada tengah malam dan berterusan sehingga jam 7 pagi pada pagi berikutnya. Tubuh saya masih dalam kesakitan yang luarbiasa, dan jemaat masih berterusan dalam doa mereka. Bau Kentut Yang Sungguh Busuk Semasa ahli jemaat mengelilingi saya secara dekat dalam berdoa, perut saya memulas dan seperti berisi gas. Tubuh saya sakit, dan perut saya dalam kesakitan yang teramat sangat sehingga saya tidak dapat bertahan. Secara tidak semenamena, bagi pendoaan jemaat, saya terpaksa mengeluarkan angin (kentut) secara senyap-senyap, dan terkeluarlah bau yang sungguh busuk. Ianya seperti ada benda busuk didalam saya terkeluar. Jemaat yang berdoa tiba-tiba bersuara, Bau apakah ini? Wah, sungguh busuk. Busuk! dan mereka menahan nafas, menutup hidung dan mulut mereka. Kemudian mereka bertanya, Siapakah gerangannya? Siapakah yang melepaskan toksin ini? Cepat mengaku. Dengan tersipu-sipu saya menundukkan muka saya, dan dalam suara yang tertahan-tahan saya merayu, Dekones, perlahankan suara kamu! Aku cuba menahan malu sebagai pastor. Aku telah makan terlalu banyak kelmarin. Aku rasa pelbagai makanan yang telah aku makan, jadi maafkanlah aku. Setiap daripada mereka ingin mengatakan sesuatu. Pastor Kim, kami bersama-sama denganmu dan berdoa bagi kamu dengan segala kekuatan kami. Kerana kamu tidak dapat menahan kentut kamu, kamu telah menganggu tumpuan kami! Pastor kenapa kamu berbuat demikian? Jagalah tertib kamu dan dengan semua komen tersebut, setiap ahli jemaat ketawa terbahakbahak. Isteri pastor menambah dengan mengatakan, Pastor kita secara semulajadinya baik dalam penghadaman, dan dia sentiasa kentut, tidak kira bila dan dimana. Semua jemaat sekali lagi ketawa terbahak-bahak. Saya memanggil setiap ahli jemaat dan mengatakan, Ini bukan masa untuk ketawa, cepat dan sambung berdoa kepada Tuhan, jadi mereka cepat-cepat menyambung berdoa. Saya berjanji tidak akan kentut lagi, dan mengesa mereka agar berdoa. Joo-Eub, adakah Tuhan masih mengusir iblis daripada aku? Cepat dan lihat. Pantas Haak-Sung, Yoo-Kyung, dan Joo-Eun melaporkan serentak bahawa Yesus masih mengusir iblis daripada saya satu per satu. Yesus menangkap semua iblis tersebut dan mengikat mereka. 2 iblis tersebut tidak senang untuk menyerah diri.
Masa berlalu dengan pantas, dan ianya tiba masa untuk menghantar dekones Shin, Sung-Kyung balik. Saya mengheret tubuh saya yang masih sakit dan memegang stering kereta. Saya duduk di tempat pemandu bila Haak-Sung dan Jospeh memanggil, Pastor, jika engkau pergi sendiri ianya mungkin tidak baik bagi kamu. Mereka berdua menyertai saya dan menyokong saya dengan berdoa dalam bahasa roh semasa saya memandu. Saya merasa sungguh bangga dan berfikir, Mereka telah tahu untuk tidak mementingkan diri dan menyokong pelayan Tuhan. Yesus berterusan kekal didalam tubuh saya, kerana Dia tidak mahu iblis masuk lagi, dan Dia masih berterusan mengusir 2 iblis yang terakhir tadi. Setelah menghantar dekones Shin balik, saya kembali ke gereja dan sambung berdoa bersungguh-sungguh, dan saya merasakan saya dikuatkan. Saya terhutang dengan jemaat diatas doa-doa mereka terhadap saya. Akhirnya Yesus menangkap dan menyekat semua iblis yang menyeksa saya. Dia berjanji akan membawa semua iblis durjana tersebut yang telah menyebabkan saya dalam kesakitan yang luarbiasa kembali ke neraka, membuang mereka kedalam lubang api. Seketika kemudian Dia kembali dan menerangkan dengan jelas. Wow! Domba kecil Lord s Church tidak dapat dipandang enteng! Tangisan dan doa kalian bagi Pastro Kim, bila kalian risau, berdoa, dan bersama-sama dengan dia semasa dia terjatuh -- menggerakkan Aku. Tunggu seketika lagi. Aku akan membuka mata roh Pastor Kim, dan dia berupaya untuk melihat dengan lebih teliti mengenai syurga dan neraka. Dia kemudiannya akan mencatat, dan berkongsi mengenai semuanya dengan dunia. Ramai jiwa yang akan membawa buku ini, akan diselamatkan, dan kembali kepada Aku. Setelah menghantar ahli jemaat lain pulang, saya tiba di rumah jam 10.30 malam. Bertekunlah dalam doa dan dalam pada itu berjaga-jagalah sambil mengucap syukur. Kolose 4:2 Bukti Cakaran Iblis Bila saya pulang ke rumah dan berbaring untuk berehat, bekas gigitan dan cakaran terasa sungguh menyakitkan dan tidak dapat ditahan. Bila saya menarik nafas, atau berbaring, saya akan berteriak kerana ianya sungguh menyakitkan. Isteri saya, Joseph, dan Joo-Eun dengan pantas berdoa rali. Bila Joo-Eun berdoa, dia mendengar Yesus berkata, Bila iblis meninggalkan kalian, mereka tidak sewenang-wenangnya secara senyap meninggalkan kalian. Sebaliknya, mereka akan meninggalkan kesan gigitan dan cakaran yang menyakitkan pada kalian dan ini kalian akan menderita selama beberapa hari. Disebabkan isterimu telah mendapat karunia penyembuhan, biarkan dia menopangkan tanganya pada lukamu dan berdoa! Dengan serta merta isteri saya menopangkan tangannya pada luka saya, tetapi ianya tidak terus sembuh.